 |
Kopi Pracampur dengan Ginseng & Tongkat Ali - FB2536
Kopi berkhasiat terpilih khusus untuk lelaki!
Kopi Pracampur dengan Ginseng & Tongkat Ali adalah kopi segera yang dihasilkan daripada biji kopi Colombia dan diadun bersama Serbuk Ekstrak Ginseng dan Tongkat Ali. Memberi tenaga dengan stamina yang lebih baik. Membantu mengecas semula tenaga tubuh bila-bila masa. Didatangkan di dalam bentuk sachet dan anda boleh membawanya ke mana sahaja. |
|
|
|
|

|
Kopi Pracampur dengan Ginseng & Kacip Fatimah - FB2537
Pilihan hebat bagi penggemar kopi wanita!
Kopi Pracampur dengan Ginseng & Kacip Fatimah adalah pilihan kopi segera premium dengan herba tradisional seperti Ginseng dan Kacip Fatimah. Membantu mengekalkan stamina secara terbaik. Ginseng diketahui dapat meningkatkan tenaga tubuh kita bagi memastikan kecergasan sepanjang masa, sementara Kacip Fatimah pula diketahui berupaya menyingkirkan angin berlebihan di dalam tubuh. Sesuai dimunum terutamanya wanita yang sering keletihan selepas bekerja dan ingin mengembalikan kesegaran badan. |
|
|
|
 |
Kopi Pracampur dengan Mocha, Ginseng & Ginkgo Biloba - FB2538
Memukau dengan rasa Mocha berkrim serta meningkatkan kepekaan mental!
Ginkgo Biloba mengandungi tahap berkuasa sebatian aktif tinggi yang membantu meningkatkan daya ingatan, selain Ginseng yang berpotensi menguatkan ketahanan semula jadi tubuh. Mocha yang diadun bersama Ginseng dan Ginkgo Biloba memberikan rasa berbeza berbanding Kopi Mocha yang lain, lebih sedap dan berperisa. |
|
|
|
 |
Kopi Pracampur dengan Ginseng - FB2539
Nikmati rasa kopi hebat dengan manfaat ginseng!
Kopi Pracampur dengan Ginseng diperbuat daripada biji kopi Colombia hebat yang memberikan rasa mewah mengasyikkan. Ditambah dengan kebaikan Ginseng, Kopi Pracampur dengan Ginseng mampu mengembalikan tenaga yang keletihan. Dengan Kopi Pracampur dengan Ginseng, anda dijamin dengan rasa menakjubkan dan kesegaran pada bila-bila masa dan di mana-mana jua. |
| |
|
|
 |
Kopi Pracampur dengan Ginseng Tanpa Gula - FB2540
Kecapi nikmat sebenar kopi dengan kebaikan Ginseng, ditambah gula mahupun tidak!
Memberikan pilihan sama ada untuk diminum berserta atau tanpa gula. Di dalam bungkusan Kopi Pracampur dengan Ginseng Tanpa Gula, disediakan sachet Fruktosa Kristal Asli Homsweet 10 g secara berasingan untuk kemudahan anda. Kini anda dapat menikmati secawan kopi kegemaran anda sambil menikmati kebaikan Ginseng. |
|
|
 |
Kopi Pracampur dengan Lingzhi - FB2541
Kopi premium yang dilengkapi ciri Lingzhi yang mengagumkan!
Citarasa hebat kopi dengan manfaat Lingzhi - yang juga dikenali sebagai Reishi iaitu daripada Ganoderma Lucidum iaitu sejenis herba yang diiktiraf oleh Maharaja Cina sebagai “Raja Herba Ajaib” kerana kebaikan kuasa merangsangnya. Sekiranya anda mencari minuman dengan kebaikan Lingzhi, Kopi Pracampur dengan Lingzhi adalah pilihan ideal anda. Ia adalah minuman handalan untuk membantu anda kekal peka dan memberi tumpuan di tempat kerja untuk prestasi harian yang lebih konsisten dan aktif. Nikmati secawan kopi kaya beraroma dan lazat dan rasaikan kebaikan lingzhi yang menakjubkan! |
| |
|
 |
Kopi Pracampur dengan Lingzhi & Teh Hijau - FB2542
Khas untuk penggemar kopi yang idamkan rasa yang kaya lagi berkhasiat!
Temui kopi baru dengan campuran Lingzhi dan Teh Hijau yang dirumuskan istimewa untuk penggemar kopi. Rasai dua ramuan tradisional yang popular dalam meningkatkan kesejahteraan di sebalik rasanya yang sungguh menawan. Lingzhi dikenali sebagai “Raja Herba” kerana potensi membina ketahanan dan ciri memberi tenaganya, sementara Teh Hijau pula kaya dengan bahan antioksida yang berkemampuan membantu menguatkan ketahanan tubuh terhadap radikal bebas. Campuran Lingzhi, Teh Hijau dan Kopi Colombia memberikan kopi dengan rasa yang sesuai untuk memberikan kepuasan yang menyenangkan. Buatkan secawan Kopi Pracampur dengan Lingzhi & Teh Hijau dan berehat sejenak untuk menikmati aroma unik kopi beserta Lingzhi dan Teh Hijau dan nikmatilah kebaikannya. Rasai kesegaran di sebalik rasa yang menyelerakan!
|
| |
|
| |
|
| :: PremixCoffee :: SSSolution :: ISO5 :: |